Sunday, September 16, 2012

CaNtIk KaN DATO!!!

hye reader sekali ag yana disini..peace
tapi sebelum 2 juz nak bagi korang
karoke ckit ngan lagu ney..huhuuhu

Cinta terpisah ruang waktu
Tetap cinta bersatu dalam hatiku
Walau raga kita tak mungkin bersama
Ku yakini hati kan tetap setia

Ku percaya kemana pun kau berjalan
Suara cinta menuntunmu kepadaku
Kerna bila cinta sudah bersemadi
Takkan terpisah hati

Korus:
Demi cinta dalam hatimu
Ku yakin engkau untukku
Meski jejak pisahkan kita
Cinta kan bawa kembali padamu

Hoo uuu..

Aku ada kerna kau ada
Dan cinta hatiku hanyalah untukmu

Jalanku tertuju padamu
Kemana pun kan pasti kembali

[Ulang Korus]

Demi cinta dalam hatimu
Biarkan aku merasuk
Bersatu dalam hatimu
Hanya dirimu dan aku

Demi cinta dalam hatimu
Biarkan aku merasuk (merasuk dalam hati)
Cinta..

ha yang kat atas ney lagu Dato SITI NUR HALIZA yang baru feat hafiz tajuk dye 'MUARA HATI'
ost adam hawa.
sedaplah kalo layan... sorang2..ok2 cukup sampai sini..tapi blog kali bukan nak stori pasal lagu
tapi pasal.....





ha kenal x sape idola saya neyy.....
cantik x??cantikkan dato siti neyy makin lame makin cantik taw dye neyy
nak2 dengan product bru yang dye keluarkan ney nama  "simply siti"
sesuai dgn name product. Dato siti neyy memang simple orang nye
n ape yang penting sekali dato ney..
also cantik without makeup sekali pown.oklah kan semua gegurl kat luar 2
semua nak natural beuty kan???
so Dato Siti Nur Haliza you are my inpiration to became beauty..huhuhu
pimple oh pimple please go away...

Saturday, September 15, 2012

ini cerita saya =P

hye peep.sekarang location yana depan tv dengan rancang di astro bertajuk MAGIKA.

sebagai pembuka bicara...

 Assalammualaikum n selamat pagi (huhu yana tulis blog ney bagi) setelah skian lama tak mengupdate blog. 

Maklumlah yaana dah kerja skunk urmmm...as are staf nurse lucky gelew2 sebab keje yana neyy senang jeww juz maen ngan darah.(huhuhu I'm vampire). 

Alhamdulillah lah semua staf2 kat c2 ok2!! first yana masuk kerja dah rasa macam xkekok dengan dyeorg ..sembang pown macam dah lama kenal jewww.best kan new environment mcm 2.

ok kite stop pasal kerja n jom kite stori pasal "my ENCIK EMAN".huhu 2lah nama yang
umi letak kat fon nama cinta.ape?? korang nak tengok
Encik Eman yana!! owhhh ok2 jap yekk cinnnnnntaaa!!!!!


 
ha same tak muke kami....korang taw x yana jumpe dye ney hari ahad lepas
before pergi keja kat s.alam neyy.Dengan keadaan yanng xtido nye
terkedek2lah yana drive dr umah ke seremban mmg yana kelam kabut sgt takut dye kene
tunggu lama.huhu yana bwak kek untuk si dia but juz doa jewlah 
kek 2 sedap or x sebab yana dah lama xbuat kek takut sangat rasa xsedap.
waaaa malu meyy...tapi lucky lah dye kate ok.huhu
awak2..awak taw x sebenarnye kan saya ter haru sangatx100 bace blog awak.
sweetnyee suka sgt2.
macam dalam mimpilah plak saya rasa .
tapi ape2 pown saya harap hubungan kite sampai akhir hayat n saya akan
selalu doa awaklah jodoh saya n imam pada saya n anak2 kite nanti..(ehehhehe rasa over pulak)



oklah korang yana rasa sampai sini jewlah jari jemari yana menulis yek.encik eman kite dah mesejjj.
ha enjoy lagu baru kat blog yana neyy 
lagu ney khas for encik eman saya.peace..







Thursday, September 6, 2012

puding jagung


1 cawan tepung kastard
1 cawan jagung manis
3 cawan air
½ cawan gula
1 ½ cawan susu cair
1 sudu besar majerin
Cara-cara masakan Resepi Puding Jagung:
1. First, campurkan bahan tepung kastard, gula, jagung, susu cair dan air ke dalam periuk. Kacau perlahan-lahan sehingga sebati dan pekat diatas api sederhana. **pastikan sentiasa kacau untuk elakkan tepung kastard melekat pada periuk.
2. Tambahkan majerin apabila adunan puding menjadi pekat dan kacau sehingga sebati.
3. Kemudian tutup api dan cepat-cepat angkat dan masukkan ke dalam loyang atau acuan yang disukai sebabnya puding ini cepat sejuk (keras).
4. Masukkan loyang ke dalam peti sejuk dan sejukkan.
5. Bila dah sejuk dan keras, siap untuk dihidangkan.

Sunday, September 2, 2012

jari jemari yana

hurmmm sekarang jam kat fon yana dah tunjuk pukul 1.45am ok!! not pm.mata neyyy dah suku2 dah tpi jari2 neyy masih melekat ag kat lappy ney..hurmm nak stori ape yek kat korang..
ha pe kate kite stori pasal MUET ok  sape tahun ney amek MALAYSIA UNIVERSITY ENGLISH TEST
angkat tangan tinggi2
actually yana amek MUET taw tapi amek personall so bile exam listening n group I juz alone
without knowing people around me kalo tajuk pasal healty n environment maybe yana boleh
share ckit ape knowlegde yang yana ada masa amek nursing dulu.
TAPI.... kalo cter WHAT HAPPEN AROUND YOU RIGHT KNOW...
yana yang dulu akan angkat kaki kuar dewan.huh!! sebab nye yana xpenah 
amek tahu pown ape yang jadi kat dunia skunk
huh!! HATe to say that..
tapi ape2 pown korang doakanlah  yana boleh jawab yek
yana nak pegang segulung ijazah yg dipanggal BACHELOR OF........
(akan dipikirkan)
tapi ape2 pown sape yang amek MUET tahun neyy hope korang boleh dapat at least 
band 3 yek...
and see you at UNIVERSITY...



Friday, August 31, 2012

" TAPI ayah, ADAKAH manusia TIDAK akan MASUK neraka JIKA hari HUAJAN?


hye reader vblog yana kali neyyy stori pasal cter kat bawah ney td mase on9 fb yana terbace artikel ney..mcm menarik jeww tajuk dye " TAPI AYAH, ADAKAN MANUSIA TIDAK AKAN MASUK NERAKA JIKA HARI HUJAN" menarikkan tajuk dye so hope korang pown enjoy bace..

Pada setiap petang Jumaat, selepas solat Jumaat, selepas melayani para jamaah di Masjid,Imam dan putera lelakinya yang berumur 11 tahun akan keluar ke bandar untuk mengedarkan risalah bertajuk “Jalan Ke Syurga” dan juga menyampaikan ceramah agama.
Pada petang Jumaat itu, seperti biasa Imam dan putera lelakinya akan keluar untuk mengedarkan risalah. Bagaimanapun pada petang tersebut keadaan di luar rumah sangat sejuk dan hujan pula turun dengan sangat lebat.

Budak itu memakai baju sejuk dan baju hujan dan berkata “OK ayah, saya sudah bersedia”. Ayahnya berkata “Bersedia untuk apa?”. Budak itu menjawab “Ayah, masa telah tiba untuk kita keluar mengedarkan buku-buku tentang Islam ini”. Ayahnya membalas “Anakku, di luar sana sangat sejuk dan hujan lebat pulak”.
Dengan muka yang kehairanan, budak itu bertanya ayahnya, “Tetapi ayah, adakah manusia tidak masuk neraka jika hari hujan?” Ayahnya menjawab, “Anakku, Ayah tak akan keluar dengan cuaca begini..”. Dengan nada sedih, budak itu bertanya, “Ayah, boleh tak benarkan saya pergi?”. Ayahnya teragak-agak seketika, kemudian berkata, “Anakku, awak boleh pergi. Bawalah buku ini semua dan berhati-hati” .
Kemudian, budak itu telah keluar dan meredah hujan. Budak sebelas tahun ini berjalan dari pintu ke pintu dan lorong-lorong sekitar bandar. Dia memberikan risalah dan buku kepada setiap orang yang ditemuinya. Setelah dua jam berjalan dalam hujan, akhirnya tinggal hanya satu naskhah padanya. Ketika itu dia telah basah kuyup dan berasa sejuk hingga ke tulang. Budak itu berhenti di satu penjuru jalan sambil mencari seseorang untuk diberikan buku tersebut. Namun keadaan di situ lengang. Kemudian dia berpatah balik ke rumah pertama yang dia lalu di lorong itu.
Dia berjalan di kaki lima menuju ke rumah tersebut. Bila sampai di pintu hadapan, dia menekan suis loceng namun tiada sesiapa yang membuka pintu. Dia tekan lagi dan lagi, tetapi masih tiada jawapan. Dia tunggu lagi tetapi masih tiada jawapan. Akhirnya dia berpaling untuk meninggalkan rumah tersebut, tetapi seperti ada sesuatu yang menghalangnya. Dia kembali ke pintu itu dan menekan lagi suis loceng dan buat pertama kalinya mengetuk pintu dengan kuat. Dia tunggu, kemudian seperti sesuatu di anjung rumah itu menghalangnya supaya jangan pergi.
Dia menekan suis loceng sekali lagi dan kali ini dengan perlahan pintu dibuka. Berdiri di hadapan pintu itu seorang perempuan tua yang berwajah kesedihan. Dengan perlahan perempuan tua itu bertanya, “Apa yang boleh saya bantu awak, wahai budak?”. Dengan senyuman serta mata yang bersinar yang boleh menyinarkan bumi, budak itu berkata, “Makcik, saya mohon maaf kalau saya telah mengganggu makcik.
Saya hanya ingin memberitahu bahawa Allah sangat sayang dan sentiasa melindungi makcik. Saya datang ini hendak memberikan sebuah buku yang terakhir ada pada saya ini. Buku ini menerangkan semua tentang Tuhan, tujuan sebenar Tuhan menjadikan kita dan bagaimana untuk mencapai kebahagiaan daripada-Nya” .. Kemudian, budak itu menyerahkan buku terakhir itu dan berpaling untuk balik.
Sebelum berjalan balik, perempuan itu berkata, “Terima kasih ya anak dan semoga Tuhan memberkatimu” . Selepas solat Jumaat pada minggu berikutnya, Imam menyampaikan ceramah agama seperti biasa. Dia menamatkan ceramahnya dengan bertanya, ” Ada sesiapa yang ingin bertanya soalan atau ingin berkata sesuatu?”.
Dengan perlahan, di barisan belakang di kalangan tempat duduk muslimat, suara seorang perempuan tua kedengaran di speaker, “Tiada di kalangan jemaah yang berkumpul ini mengenali saya. Saya tidak pernah hadir sebelum ini. Sebelum hari Jumaat yang lepas, saya belum lagi memeluk agama Islam bahkan tidak terfikir langsung untuk memeluknya.

Suami saya telah meninggal dunia beberapa tahun yang lalu, meninggalkan saya sebatang kara, saya benar-benar keseorangan di dunia ini.” Pada petang Jumaat yang lepas, ketika cuaca sejuk dan hujan lebat, saya telah bertekad untuk membunuh diri kerana sudah putus harapan untuk hidup.
Jadi saya mengambil seutas tali dan sebuah kerusi lalu menaiki loteng di rumah saya. Saya ikat tali tersebut dengan kuat pada kayu palang di bumbung rumah kemudian berdiri di atas kerusi, hujung tali satu lagi saya ikat di sekeliling leher saya. Sambil berdiri di atas kerusi, saya berasa benar-benar keseorangan, patah hati.
Saya hampir-hampir hendak melompat tiba-tiba loceng pintu berbunyi di tingkat bawah dan saya tersentak. Saya berfikir untuk menunggu sebentar, dan pasti orang itu akan pergi. Saya tunggu dan tunggu, tetapi bunyi loceng semakin kuat dan bertubi-tubi. Kemudian orang yang menekan suis loceng itu, mengetuk pintu pula dengan kuat.
Saya berfikir sendirian lagi “Siapalah di muka bumi ini yang boleh buat begini? Tiada siapa pernah tekan suis loceng itu atau nak berjumpa dengan saya”. Saya longgarkan tali ikatan di leher dan kemudian pergi ke pintu hadapan. Ketika itu bunyi loceng kuat dan semakin kuat.
Bila saya buka pintu dan lihat, sukar untuk dipercayai oleh mata saya, di anjung rumah saya itu berdiri seorang budak yang sangat comel yang bersinar wajahnya seperti malaikat, tidak pernah saya jumpa sebelum ini di dalam hidup saya.

Budak itu tersenyum. Oh! Saya tidak dapat hendak gambarkan kepada anda semua. Perkataan yang keluar daripada mulutnya menyebabkan hati saya yang telah lama mati tiba-tiba hidup semula, seruan budak itu seperti suara bayi yang sangat comel. “Makcik, saya datang hendak memberitahu bahawa Allah sangat menyayangi dan sentiasa melindungi makcik”.
Kemudian dia memberikan kepada saya sebuah buku bertajuk ” Jalan Ke Syurga” yang saya sedang pegang ini. Bila “malaikat kecil” itu telah pulang meredah sejuk dan hujan, saya menutup pintu dan membaca dengan perlahan setiap perkataan yang tertulis di dalam buku tersebut.
Kemudian saya naik semula ke loteng untuk mendapatkan semula tali dan kerusi. Saya tak perlukannya lagi. Oleh sebab di belakang buku ini ada tertera alamat tempat ini, saya sendiri datang ke masjid ini ingin mengucapkan syukur kepada Tuhan.
Tuhan kepada budak kecil yang telah datang tepat pada waktunya, yang dengan demikian telah terhindar jiwa saya daripada keabadian di dalam neraka. Ramai yang berada di dalam masjid ketika itu menitiskan air mata. Mereka melaungkan TAKBIR.ALLAH HU AKBAR. gemaan takbir bergema di udara.

Imam iaitu ayah kepada budak itu turun dari mimbar pergi ke barisan hadapan di mana “malaikat kecil” itu sedang duduk. Dia mendakap puteranya dengan air mata keluar tanpa disedarinya. Mungkin tidak ada jemaah yang memiliki saat yang lebih mulia ini dan mungkin di alam semesta ini belum pernah melihat seorang ayah yang penuh kasih sayang dan penghormatan terhadap anaknya. Inilah satu peristiwa..
Berbahagialah anda kerana membaca kisah ini. Jangan biarkan kisah ini di sini sahaja. Bacalah lagi dan sampaikan kepada yang lain. Syurga adalah untuk umat-Nya. Ingatlah, dengan menyebarkan firman Allah boleh mengubah hidup seseorang yang hampir dengan anda. Sila kongsi kisah menarik ini. Sebarkanlah kalimah Allah, kalau kita bantu Allah, Allah akan membantu kita dalam semua perkara yang kita buat.
Maksud firman Allah dalam Surah al-Maidah ayat 3; “.pada hari ini, orang-orang kafir telah putus asa (daripada memesongkan kamu) dari agama kamu (setelah mereka melihat perkembangan Islam dan umatnya), sebab itu janganlah kamu takut dan gentar kepada mereka, sebaliknya hendaklah kamu takut dan gentar kepadaKu.
Pada hari ini, Aku telah sempurnakan bagi kamu agama kamu, dan Aku telah cukupkan nikmatKu kepada kamu, dan Aku telah redakan Islam itu menjadi agama untuk kamu, maka sesiapa yang terpaksa kerana kelaparan (memakan benda-benda yang diharamkan) sedang ia tidak cenderung hendak melakukan dosa (maka bolehlah ia memakannya), kerana Sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani”

Wednesday, August 29, 2012

Lirik Lagu Seperti Dulu - Forteen

Sehari terasa bagai seminggu
Sebulan terasa bagai setahun
Mencari cinta yang gugur
Dari genggamanku


Sejengkal terasa bagai sebatu
Saujana bagai tiada penghujung
Namunku tak putus harapan
Untuk berdampingan lagi

Korus
Seandainya nanti
Kita bertemu kembali

Masihkah kau akan mengenali
Diriku seperti dulu
Dan ketika itu
Mungkinkah dihati sudi
Izinkan ku mencintai
Ataupun perasaanmu tak seperti dulu

Setiap langkah ku makin percaya
Dirimu menanti ku akhirnya
Walaupun jalan berliku
Terbentang menunggu


------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

hye peep...lame xupdate blog kan.urm..nak kate yana neyy bz rasanye xdelah pulak juz jari2 n otak neyy xde idealahh nak menulis....so sebelum yana start stori morry ney..yana nak ucapkan selamat hari raya.Maaf zahir dan batin.maaflah sepanjang penulisan yana ader yang terasa kew?? 0-0 balik yerr....peace..



tengokkk pic neyy yana makin bulat kan??=( neyy hasil xkeje selama sebulan tambah dengan raya yang asyik nak makannn jew..yessssss I love makan.huhuh ha korang mesti tertanya-tanyakan pe kene mengena lirik lagu kat atas ngan cter yana kali   
neyy...huhuh xde ape juz nak ckp lagu neyy best.ha lagi satu jangan lupe tengok ceter neyy taw.pakwe saya yang berlakon
REMY ISHAK...(ceter sini habis cini jewlah yek)...so Encik remy cube ceter ckit watak anda dalam cter neyy..Saya memegang watak Budi dimana dia lahir pada tahun lompat (29 Februari). Oleh yang demikian, tumbesaran otaknya jauh lambat berbanding orang lain. Yang membezakan dia hanyalah saiz badannya yang membesar. Filem ini secara keseluruhan adalah mengenai kisah percintaan diantara Budi dan Jojo Goh yang memegang watak seorang gadis berbangsa Cina yang akhirnya jatuh cinta pandang pertama pada Budi.


ha best x cter neyy...so ape tunggu lagi jum kiter serebu kat wayang sekarang.....
klah korang yana pown tak taw pe yana mengarut dah dalam blog ney..tapi ape yang yana tahu skunk saya SITI NOR LIYANA BT MAZLAN betol2 rasa dah jatuh cinta.huhu malu nak mengaku sebab takut hanya yana seorang yang merasa....huhu.klah yana nak tidolahhh ngatok sudah!!waaaa nita.