-->

InI cErItA GaDiS LoLiPoP pUnYe...

Friday, August 31, 2012

" TAPI ayah, ADAKAH manusia TIDAK akan MASUK neraka JIKA hari HUAJAN?


hye reader vblog yana kali neyyy stori pasal cter kat bawah ney td mase on9 fb yana terbace artikel ney..mcm menarik jeww tajuk dye " TAPI AYAH, ADAKAN MANUSIA TIDAK AKAN MASUK NERAKA JIKA HARI HUJAN" menarikkan tajuk dye so hope korang pown enjoy bace..

Pada setiap petang Jumaat, selepas solat Jumaat, selepas melayani para jamaah di Masjid,Imam dan putera lelakinya yang berumur 11 tahun akan keluar ke bandar untuk mengedarkan risalah bertajuk “Jalan Ke Syurga” dan juga menyampaikan ceramah agama.
Pada petang Jumaat itu, seperti biasa Imam dan putera lelakinya akan keluar untuk mengedarkan risalah. Bagaimanapun pada petang tersebut keadaan di luar rumah sangat sejuk dan hujan pula turun dengan sangat lebat.

Budak itu memakai baju sejuk dan baju hujan dan berkata “OK ayah, saya sudah bersedia”. Ayahnya berkata “Bersedia untuk apa?”. Budak itu menjawab “Ayah, masa telah tiba untuk kita keluar mengedarkan buku-buku tentang Islam ini”. Ayahnya membalas “Anakku, di luar sana sangat sejuk dan hujan lebat pulak”.
Dengan muka yang kehairanan, budak itu bertanya ayahnya, “Tetapi ayah, adakah manusia tidak masuk neraka jika hari hujan?” Ayahnya menjawab, “Anakku, Ayah tak akan keluar dengan cuaca begini..”. Dengan nada sedih, budak itu bertanya, “Ayah, boleh tak benarkan saya pergi?”. Ayahnya teragak-agak seketika, kemudian berkata, “Anakku, awak boleh pergi. Bawalah buku ini semua dan berhati-hati” .
Kemudian, budak itu telah keluar dan meredah hujan. Budak sebelas tahun ini berjalan dari pintu ke pintu dan lorong-lorong sekitar bandar. Dia memberikan risalah dan buku kepada setiap orang yang ditemuinya. Setelah dua jam berjalan dalam hujan, akhirnya tinggal hanya satu naskhah padanya. Ketika itu dia telah basah kuyup dan berasa sejuk hingga ke tulang. Budak itu berhenti di satu penjuru jalan sambil mencari seseorang untuk diberikan buku tersebut. Namun keadaan di situ lengang. Kemudian dia berpatah balik ke rumah pertama yang dia lalu di lorong itu.
Dia berjalan di kaki lima menuju ke rumah tersebut. Bila sampai di pintu hadapan, dia menekan suis loceng namun tiada sesiapa yang membuka pintu. Dia tekan lagi dan lagi, tetapi masih tiada jawapan. Dia tunggu lagi tetapi masih tiada jawapan. Akhirnya dia berpaling untuk meninggalkan rumah tersebut, tetapi seperti ada sesuatu yang menghalangnya. Dia kembali ke pintu itu dan menekan lagi suis loceng dan buat pertama kalinya mengetuk pintu dengan kuat. Dia tunggu, kemudian seperti sesuatu di anjung rumah itu menghalangnya supaya jangan pergi.
Dia menekan suis loceng sekali lagi dan kali ini dengan perlahan pintu dibuka. Berdiri di hadapan pintu itu seorang perempuan tua yang berwajah kesedihan. Dengan perlahan perempuan tua itu bertanya, “Apa yang boleh saya bantu awak, wahai budak?”. Dengan senyuman serta mata yang bersinar yang boleh menyinarkan bumi, budak itu berkata, “Makcik, saya mohon maaf kalau saya telah mengganggu makcik.
Saya hanya ingin memberitahu bahawa Allah sangat sayang dan sentiasa melindungi makcik. Saya datang ini hendak memberikan sebuah buku yang terakhir ada pada saya ini. Buku ini menerangkan semua tentang Tuhan, tujuan sebenar Tuhan menjadikan kita dan bagaimana untuk mencapai kebahagiaan daripada-Nya” .. Kemudian, budak itu menyerahkan buku terakhir itu dan berpaling untuk balik.
Sebelum berjalan balik, perempuan itu berkata, “Terima kasih ya anak dan semoga Tuhan memberkatimu” . Selepas solat Jumaat pada minggu berikutnya, Imam menyampaikan ceramah agama seperti biasa. Dia menamatkan ceramahnya dengan bertanya, ” Ada sesiapa yang ingin bertanya soalan atau ingin berkata sesuatu?”.
Dengan perlahan, di barisan belakang di kalangan tempat duduk muslimat, suara seorang perempuan tua kedengaran di speaker, “Tiada di kalangan jemaah yang berkumpul ini mengenali saya. Saya tidak pernah hadir sebelum ini. Sebelum hari Jumaat yang lepas, saya belum lagi memeluk agama Islam bahkan tidak terfikir langsung untuk memeluknya.

Suami saya telah meninggal dunia beberapa tahun yang lalu, meninggalkan saya sebatang kara, saya benar-benar keseorangan di dunia ini.” Pada petang Jumaat yang lepas, ketika cuaca sejuk dan hujan lebat, saya telah bertekad untuk membunuh diri kerana sudah putus harapan untuk hidup.
Jadi saya mengambil seutas tali dan sebuah kerusi lalu menaiki loteng di rumah saya. Saya ikat tali tersebut dengan kuat pada kayu palang di bumbung rumah kemudian berdiri di atas kerusi, hujung tali satu lagi saya ikat di sekeliling leher saya. Sambil berdiri di atas kerusi, saya berasa benar-benar keseorangan, patah hati.
Saya hampir-hampir hendak melompat tiba-tiba loceng pintu berbunyi di tingkat bawah dan saya tersentak. Saya berfikir untuk menunggu sebentar, dan pasti orang itu akan pergi. Saya tunggu dan tunggu, tetapi bunyi loceng semakin kuat dan bertubi-tubi. Kemudian orang yang menekan suis loceng itu, mengetuk pintu pula dengan kuat.
Saya berfikir sendirian lagi “Siapalah di muka bumi ini yang boleh buat begini? Tiada siapa pernah tekan suis loceng itu atau nak berjumpa dengan saya”. Saya longgarkan tali ikatan di leher dan kemudian pergi ke pintu hadapan. Ketika itu bunyi loceng kuat dan semakin kuat.
Bila saya buka pintu dan lihat, sukar untuk dipercayai oleh mata saya, di anjung rumah saya itu berdiri seorang budak yang sangat comel yang bersinar wajahnya seperti malaikat, tidak pernah saya jumpa sebelum ini di dalam hidup saya.

Budak itu tersenyum. Oh! Saya tidak dapat hendak gambarkan kepada anda semua. Perkataan yang keluar daripada mulutnya menyebabkan hati saya yang telah lama mati tiba-tiba hidup semula, seruan budak itu seperti suara bayi yang sangat comel. “Makcik, saya datang hendak memberitahu bahawa Allah sangat menyayangi dan sentiasa melindungi makcik”.
Kemudian dia memberikan kepada saya sebuah buku bertajuk ” Jalan Ke Syurga” yang saya sedang pegang ini. Bila “malaikat kecil” itu telah pulang meredah sejuk dan hujan, saya menutup pintu dan membaca dengan perlahan setiap perkataan yang tertulis di dalam buku tersebut.
Kemudian saya naik semula ke loteng untuk mendapatkan semula tali dan kerusi. Saya tak perlukannya lagi. Oleh sebab di belakang buku ini ada tertera alamat tempat ini, saya sendiri datang ke masjid ini ingin mengucapkan syukur kepada Tuhan.
Tuhan kepada budak kecil yang telah datang tepat pada waktunya, yang dengan demikian telah terhindar jiwa saya daripada keabadian di dalam neraka. Ramai yang berada di dalam masjid ketika itu menitiskan air mata. Mereka melaungkan TAKBIR.ALLAH HU AKBAR. gemaan takbir bergema di udara.

Imam iaitu ayah kepada budak itu turun dari mimbar pergi ke barisan hadapan di mana “malaikat kecil” itu sedang duduk. Dia mendakap puteranya dengan air mata keluar tanpa disedarinya. Mungkin tidak ada jemaah yang memiliki saat yang lebih mulia ini dan mungkin di alam semesta ini belum pernah melihat seorang ayah yang penuh kasih sayang dan penghormatan terhadap anaknya. Inilah satu peristiwa..
Berbahagialah anda kerana membaca kisah ini. Jangan biarkan kisah ini di sini sahaja. Bacalah lagi dan sampaikan kepada yang lain. Syurga adalah untuk umat-Nya. Ingatlah, dengan menyebarkan firman Allah boleh mengubah hidup seseorang yang hampir dengan anda. Sila kongsi kisah menarik ini. Sebarkanlah kalimah Allah, kalau kita bantu Allah, Allah akan membantu kita dalam semua perkara yang kita buat.
Maksud firman Allah dalam Surah al-Maidah ayat 3; “.pada hari ini, orang-orang kafir telah putus asa (daripada memesongkan kamu) dari agama kamu (setelah mereka melihat perkembangan Islam dan umatnya), sebab itu janganlah kamu takut dan gentar kepada mereka, sebaliknya hendaklah kamu takut dan gentar kepadaKu.
Pada hari ini, Aku telah sempurnakan bagi kamu agama kamu, dan Aku telah cukupkan nikmatKu kepada kamu, dan Aku telah redakan Islam itu menjadi agama untuk kamu, maka sesiapa yang terpaksa kerana kelaparan (memakan benda-benda yang diharamkan) sedang ia tidak cenderung hendak melakukan dosa (maka bolehlah ia memakannya), kerana Sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani”
Posted by yaNa heRe!!! at 11:35 PM 0 comments

Wednesday, August 29, 2012

Lirik Lagu Seperti Dulu - Forteen

Sehari terasa bagai seminggu
Sebulan terasa bagai setahun
Mencari cinta yang gugur
Dari genggamanku


Sejengkal terasa bagai sebatu
Saujana bagai tiada penghujung
Namunku tak putus harapan
Untuk berdampingan lagi

Korus
Seandainya nanti
Kita bertemu kembali

Masihkah kau akan mengenali
Diriku seperti dulu
Dan ketika itu
Mungkinkah dihati sudi
Izinkan ku mencintai
Ataupun perasaanmu tak seperti dulu

Setiap langkah ku makin percaya
Dirimu menanti ku akhirnya
Walaupun jalan berliku
Terbentang menunggu


------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

hye peep...lame xupdate blog kan.urm..nak kate yana neyy bz rasanye xdelah pulak juz jari2 n otak neyy xde idealahh nak menulis....so sebelum yana start stori morry ney..yana nak ucapkan selamat hari raya.Maaf zahir dan batin.maaflah sepanjang penulisan yana ader yang terasa kew?? 0-0 balik yerr....peace..



tengokkk pic neyy yana makin bulat kan??=( neyy hasil xkeje selama sebulan tambah dengan raya yang asyik nak makannn jew..yessssss I love makan.huhuh ha korang mesti tertanya-tanyakan pe kene mengena lirik lagu kat atas ngan cter yana kali   
neyy...huhuh xde ape juz nak ckp lagu neyy best.ha lagi satu jangan lupe tengok ceter neyy taw.pakwe saya yang berlakon
REMY ISHAK...(ceter sini habis cini jewlah yek)...so Encik remy cube ceter ckit watak anda dalam cter neyy..Saya memegang watak Budi dimana dia lahir pada tahun lompat (29 Februari). Oleh yang demikian, tumbesaran otaknya jauh lambat berbanding orang lain. Yang membezakan dia hanyalah saiz badannya yang membesar. Filem ini secara keseluruhan adalah mengenai kisah percintaan diantara Budi dan Jojo Goh yang memegang watak seorang gadis berbangsa Cina yang akhirnya jatuh cinta pandang pertama pada Budi.


ha best x cter neyy...so ape tunggu lagi jum kiter serebu kat wayang sekarang.....
klah korang yana pown tak taw pe yana mengarut dah dalam blog ney..tapi ape yang yana tahu skunk saya SITI NOR LIYANA BT MAZLAN betol2 rasa dah jatuh cinta.huhu malu nak mengaku sebab takut hanya yana seorang yang merasa....huhu.klah yana nak tidolahhh ngatok sudah!!waaaa nita.




Posted by yaNa heRe!!! at 10:08 AM 0 comments

Thursday, August 23, 2012

****peace malas nk salin copy 2 paste kt blog jap.

BAHAN NASI
3 POT BERAS WANGI LEGENDA (APA2 PUN BOLEH)
21/2 CAWAN AIR
1/2 CAWAN SUSU CAIR
3 SUDU MENTEGA
1 LABU BAWANG BESAR*
3 ULAS BAWANG PUTIH*
1 BATANG SERAI  *    (DIHIRIS)
REMPAH MENUMIS(RM0.30) SHJ CUKUP

CARA:
- PENASKAN MENTEGA, TUMIS REMPAH, BAWANG YANG DIHIRIS HINGGA WANGI
-MASUKKAN TOMATO, SOS TOMATO DAN SUSU. APABILA MENDIDIH TUANGKAN KE DALAM BERAS YANG TELAH DIBERSIH, MASUKKAN 21/2 CAWAN AIR.  MASAK SEPERTI BIASA SELAMA 7 MINIT (JIKA GUNA PRESSURE COOKER)
Posted by yaNa heRe!!! at 7:58 AM 0 comments

Monday, August 6, 2012

go Malaysia go!!!!!






hye reader!!! pic kat atas neyyy yana rasa tak perlu kowt diperkenalkan lagi...satu Malaysia tahu yang datuk lee chong wei neyyy membawa harapan Malaysia dalam kesukannan badminton. dan yana rasa kite semua menharapkan beliau membawa emas yang pertama untuk Malaysia dalam Olimpik kali ney kan??sampai kan BASKIN ROBIN iaitu aiskrim yang paling sedap sekali bagi yana!!! tue sanggup bagi aiskrim free pada semua orang asal datuk lee.c.w neyyy menang taw.tapi nak wat macam mane ALLAH lagi mengetahui semua nye dia kalah di atas pemain yang bernama LIN DAN dari CHINA.Tapi ape2 pown perlawanan diantara diorang neyyy memang sengit taw... rugi taw sesiapa tak tengok...yana pown tengok kat kedai dengan bos , family n kawan2 dieorang memang mase 2 rasa macam best pulak.hehehhe yerlahh mne taknye tengok badminton macam tengok bola...yerlahh semua berharap Malaysia menang beb!! tapi tak kurang jugak ader orang kate Datuk Lee Chong Wei 2 kalah nanti.yana nak jerit kuatttt kat telinga orang tue helo!!!!!! awak orang Malaysi kew or china!! mane semangat Malaysia awak!!! dushhhhhh tumbuk muke encik laju2...
huhuhuhu meluat yana dengan orang tue puiikkk...Tapi ape2 pown Datuk Lee chong wei tahniah jugak sebab bagi pingat kat Malaysia even pown perak...jangan patah semangat sebab kite boleh cube lagi olimpik akan datang... insyallah. tapi ape2 pown DATUK tetap HERO bagi kami di MALAYSIA ney. * so lagu hero dr mariah carey ney khas tok DATUK.
Posted by yaNa heRe!!! at 2:38 PM 0 comments

Friday, August 3, 2012

nazihah...

hye readerr it me yanaaa selepas sekian lama yana tak update blog kan.huhu patutnye hari neyy yana cuti tapi malaslah.. keje ag best..ag pown xde sape2 pown nak teman =(.
ha nape tajuk NAZIHAH tajuk blog yana kali neyy...tadiiiiii =( mase yana tengok cerita neyy ader satu lagu kat cerita neyyyy wat yana ingat kat kisah yang lalu sentap beb!!! tajuk dye CINTA TAK HARUS DIMILIKI...sumpahhh dengan air mata yang mengalir saya ingat kat awak tibe2...tak tahu nape mungkin yana tak patut cakap macam ney lagi sebab yana dah ader cinta kan...tapi tuelah sayang tak boleh padam semudah tulisan di atas kertaskan...kenape lagu ney wat yana ingat kat dye??? sebab lagu neyy memang macam hubungan kami jugak..urm...susahkan kalo mak ayah tak suke ney...sebagai anak kite tak boleh wat ape..tapi yana redha dengan ape yang jadi semua ney..sebab yana yakin yana akan jumpe orang yang lagi lagi n super2 baek ag...setakat neyy cukup encik Eman hafiezul saya jew lah. =P heheheehe

Cinta memang tak selamanya bisa indah
Cinta juga bisa berubah jadi sakit
Begitu yang ku rasakan kini
Perih hatiku tinggal kehancuran
*courtesy of LirikLaguIndonesia.Net
Tak pernah terbayangkan dan tak pernah terpikirkan
Cintamu dan cintaku akan berpisah
Namun harus ku relakan itu
Untuk hidupmu agar lebih baik
Reff:
Maafkan aku setulus hatimu
Kepergian diriku itu bukan keinginanku
Terima saja dengan pilihan yang lain
Dari orang tuamu
Jangan bersedih dengan keadaan ini
Jika kamu menangis aku juga ikut menangis
Terima saja semua ini ku lakukan untukmu
Sayang, semua ini ku lakukan
Hanya demi kebaikan kamu
Meski semua ini itu menyakitkanku
Repeat reff
Jangan bersedih dengan keadaan ini
Jika kamu menangis aku juga ikut menangis
Terima saja semua ini ku lakukan
Terima saja semua ini ku lakukan untukmu
Posted by yaNa heRe!!! at 7:44 AM 0 comments
Subscribe to: Posts (Atom)

Blog Archive

  • ▼  2012 (44)
    • ►  December (1)
    • ►  November (1)
    • ►  October (3)
    • ►  September (5)
    • ▼  August (5)
      • " TAPI ayah, ADAKAH manusia TIDAK akan MASUK nerak...
      • Lirik Lagu Seperti Dulu - ForteenSehari terasa bag...
      • ****peace malas nk salin copy 2 paste kt blog jap.
      • go Malaysia go!!!!!
      • nazihah...
    • ►  July (4)
    • ►  June (6)
    • ►  May (2)
    • ►  April (2)
    • ►  March (5)
    • ►  February (4)
    • ►  January (6)
  • ►  2011 (71)
    • ►  December (4)
    • ►  November (4)
    • ►  October (6)
    • ►  September (7)
    • ►  August (6)
    • ►  July (11)
    • ►  June (6)
    • ►  May (3)
    • ►  April (3)
    • ►  March (5)
    • ►  February (6)
    • ►  January (10)
  • ►  2010 (41)
    • ►  December (9)
    • ►  November (6)
    • ►  October (10)
    • ►  September (14)
    • ►  August (1)
    • ►  February (1)



Followers

get this widget here

muara hati

Heart Lucky Charms

Start http://www.cursors-4u.com */ body, a:hover {cursor: url(http://cur.cursors-4u.net/food/foo-2/foo157.cur), progress !important;} /* End http://www.cursors-4u.com */

Backgrounds & Flower Backgrounds
Powered by Blogger.