-->

InI cErItA GaDiS LoLiPoP pUnYe...

Saturday, April 21, 2012

save dizz animalsss

hye readerr lame yana x update blog neyy.No idea 2 write.hehhehe so hari yana nak cerita about one cute STORY...but first jom tgk pic ney dlu mahluk Allah yang sangat2 comel....







ha comel x diorang2 neyy....heheheh comel kan?? tapi taw tak korang tak semua haiwan kat dunia neyyy dilayan baik oleh tuan2 diorang  taw...kadang2 tue siap boleh masuk dalam youtube ag dieowg neyy boleh siksa haiwan macam 2.kononnye banggalah die orang heartless..cehhh mentang2 diorang haiwan yang kecil bolehlah korang wat macam 2.cube try buat kat harimau kew buaya kew atau yang sama waktu dengan nye =) .ha time 2 yana nak tengok cikit sape dera sape???wahahahhaha.
Tapi jangan lupe jugak pesan Allah pada hambanye........


Hukum Menyeksa Binatang Bab Akhir

AWAS MENYEKSA BINATANG MENEMPAH NERAKA!

(Bilangan 266 Bahagian Akhir)

بسم الله، والحمد لله، والصلاة والسلام على رسول الله، وعلى آله وصحبه ومن والاه

(Dengan nama Allah, Segala puji bagi Allah, Selawat dan salam ke atas Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam, keluarga, sahabat dan para pengikut Baginda)

6. Membakar binatang

Membunuh binatang dengan cara membakarnya sama ada yang boleh dimakan atau tidak adalah dilarang dan berdosa besar. ‘Abdullah bin Mas’ud Radhiallahu ‘anhu meriwayatkan dengan berkata:

Maksudnya:
“Dan Baginda melihat sarang semut yang telah kami bakar. Maka Baginda bersabda: “Siapa membakar ini?” Kami menjawab: “Kami.” Baginda bersabda: “Sesungguhnya
tidak seharusnya diazab dengan api melainkan oleh Tuhan Pemilik api itu (iaitu Allah Subhanahu wa Ta‘ala).”
(Hadits riwayat Abu Daud)

7. Membunuh untuk dipersia-sia

Membunuh binatang dengan tujuan mensia-siakannya dan bukannya untuk dimanfaatkannya adalah satu penganiayaan. Asy- Syarid Radhiallahu ‘anhu meriwayatkan sebuah hadits mengenai hal ini dengan berkata:

Maksudnya:
“Aku telah mendengar Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Sesiapa yang membunuh burung untuk dipersia-sia, ia (burung) mengadu (dengan suara yang kuat) kepada Allah ‘azza wa jalla di hari akhirat, dengan katanya: “Wahai Tuhan! Sesungguh si polan telah membunuhku untuk dipersia-sia dan dia tidak membunuhku untuk tujuan dimanfaatkan.” (Hadits riwayat an-Nasa’ie)
8. Menjadikan sebagai sasaran

Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam melaknat mereka yang menjadikan binatang sebagai sasaran sama ada dengan melontarnya, memanahnya, menembaknya, melastiknya atau
sebagainya. Perkara ini disebut dalam hadits yang diriwayatkan oleh Sa‘id bin Jubair di mana Ibnu ‘Umar pernah menegur budak-budak yang melontar burung yang dijadikan sebagai sasaran dengan berkata:

Maksudnya:
“Siapa melakukan ini, Allah melaknat siapa yang melakukan ini. Sesungguhnya Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam melaknat sesiapa yang menjadikan sesuatu yang bernyawa sebagai sasaran.”

(Hadits riwayat Muslim)

Sesungguhnya sifat belas kasihan dan rahmat itu adalah antara beberapa tuntutan dalam agama Islam. Sabda Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam yang diriwayatkan oleh ‘Abdullah
bin ‘Umar Radhiallahu ‘anhuma:

Maksudnya:
“Orang-orang yang bersifat rahmat dan belas kasihan, mereka itu dirahmati oleh Tuhan ar-Rahman, maka hendaklah kamu bersifat rahmat kepada penduduk-penduduk bumi, nescaya kamu akan dirahmati oleh siapa yang berada di langit.

(Hadis riwayat Abu Daud)

Sesiapa yang melakukan belas kasihan atau berlaku rahmat, sekalipun kepada binatang bukan saja Allah menerima amalnya itu, bahkan Allah akan mengampuni dosanya sebagaimana hal ini
disebut oleh Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam dalam suatu peristiwa:
Maksudnya:
“Ada seorang laki-laki sedang berjalan, merasa sangat kehausan, lalu dia pun turun ke dalam telaga dan minum dari telaga itu, kemudian dia keluar, tiba-tiba dia melihat seekor anjing terjulur-julur lidahnya (sambil) menjilat tanah basah kerana kehausan. Orang itu berkata demi sesungguhnya telah sampai keadaannya seperti keadaan-ku, lalu dia (turun untuk) mengisi sepatunya (dengan ayer), dan dipegangnya dengan mulutnya, kemudian dia naik ke atas dan memberi minum anjing itu. Maka Allah Ta'ala menerima dan memuji di atas budinya dan ihsannya itu dengan mengampunkan dosa-dosanya. Lalu sahabat-sahabat yang ada di situ bertanya: “Adakah kita mendapat pahala berbuat baik kepada binatang-binatang? Baginda bersabda: “Berbuat baik kepada tiap-tiap hati yang hidup itu (yang bernyawa) diberi pahala.”
(Hadis riwayat al-Bukhari)

Oleh itu, janganlah menganiaya, menyeksa dan menzalimi binatang atau tidak ada belas kasihan terhadapnya. Melakukan penganiayaan, penyeksaan dan kezaliman terhadap binatang bukan
hanya menjauhkan kita daripada rahmat Allah Subhanahu wa Ta‘ala bahkan boleh mengundang azab di akhirat kelak
.

walaupown haiwan ney kalo kene seksa tak masuk tv mcm manusia,tapi janganlah pulak korang suke2 hati jew aniaya diorang.hurmmmm korang tengoklah pic yang yana dapat neyyy.....


* neyyy bukan bangkai haiwan taw.neyy adalah anjing yang 
di timbus hidup2.keciankan??


Ya Allah yang ney lagi kejam.
yana malas nak cakap banyak
ensure korang penah tgk video ney
kat youtube kan???


huhuhu ney xtaw nak komen ape sbb samada
kucing ney mmg sporting wat gaya
macam ney or tuan
dye yang memang gigit-peace


tak tawlah manusia kejam mne 
yang wat macam ney..



yang ney dikurung sampai kurus kucing neyy.....


p/s: Hope korang boleh renung2kan lah yang yana tulis..peace



Posted by yaNa heRe!!! at 8:42 PM 0 comments

Wednesday, April 4, 2012

sweet plak cinta muka buku ney..=)


Kita Berkenalan Hanya Dalam Laman Muka Bukuuntung la orang perempuan kalau dapat cari bakal suami gini...

Spesifikasi calon suami yang bolehlah dibuat suami:-

1. Solat fardhu cukup 5 waktu.

2. Ada kerja gaji RM800-1500 ke atas,boleh bayar rumah sewa, boleh beli beras, boleh isi minyak, boleh antar ke tempat keje. Nafkah zahir boleh bagi, bukan nafkah batin je taw.

3. Ada kenderaan: moto kapcai dah cantek. honda EX5 orait sangat la tu dengan 2 helmet. Basikal pun boleh, tapi penat kayuh kalau dari Bangsar ke KLIA. Sebaik-baiknya kereta, sebab nanti nak bawa isteri yang mengandung ke klinik setiap bulan.



4. Lulus ujian fardhu ‘ain sekolah rendah. Maknanya boleh mandi wajib dengan baik dan boleh ajar isteri mandi wajib dengan betul, apatah lagi mandi-mandiyang lain.

5. Boleh baca al-Quran dan boleh mengajar al-Quran walaupun setakat “Alif Ba’ Ta’” sampai Surah “Iqra’ Bismirabbikallazi Khalaq.”

6. Jenis lurus, baik & hati baik, tak menipu. Tadelah sampai menipu kata nak pergi Mydin tapi pergi mengorat jiran taman sebelah.

7. Dia paham kamu, kamu paham dia. Paham jiwo gitu. Serasi bersama.Berbeza tapi boleh masuk.

8. Gedik joget-joget pun depan bini dan anak-anak je. Depan orang lain sopan santun gitu.

9. Jenis tak cemburu buta sangat. Cemburu macam ni ok, “Ehemm..ramainya kawan laki kat opis.. Jangan sampai lupa abangtaw..”

10. Belajar takat PMR je pun takpe, janji cara dia fikir tu matang dari yangbelajar PhD.

11. Kalau dia jenis diam tak delah sampai orang kata tak bergaul denganmanusia lain. Kalau dia banyak bercakap pun tadelah sampai dia mengata-ngata orang lain.

12. Malas juga ke masjid, tapi dia pergi gak dalam sehari tu 2 kali sekurang-kurangnya Maghrib dan Isyak.

13. Walaupun tak kerap ke kuliah agama, tapi bila tengok Youtube Ustaz Azhar Idrus ngajar tu sampai terlupa nak tengok bola. Jika ada kuliah di masjid mukadialah ada di antara orang-orang kampung.

14. Boleh susah senang bersama. Kalau isteri nangis, dia tolong riba isteri dan tenangkan. Kalau isteri sakit, dia tolong jaga dari malam sampai pagi.

15. Jenis senyum sokmo.


16. Tak tengok sangat awek cuns, duk tengok bini dia je walaupn bini dia tak cuns (Tak cun takpe, boleh tutup lampu )

Ustaz Azhar Idrus



Tapi ape2 hal pown Insyallah jodoh itu ada tapi ingatlah orang baek untuk orang yang baek yang jahat untuk yang jahat.so jom kite perbaiki diri untuk dapatkan yang baik disisi....('.<)
Posted by yaNa heRe!!! at 5:18 AM 0 comments
Subscribe to: Posts (Atom)

Blog Archive

  • ▼  2012 (44)
    • ►  December (1)
    • ►  November (1)
    • ►  October (3)
    • ►  September (5)
    • ►  August (5)
    • ►  July (4)
    • ►  June (6)
    • ►  May (2)
    • ▼  April (2)
      • save dizz animalsss
      • sweet plak cinta muka buku ney..=)
    • ►  March (5)
    • ►  February (4)
    • ►  January (6)
  • ►  2011 (71)
    • ►  December (4)
    • ►  November (4)
    • ►  October (6)
    • ►  September (7)
    • ►  August (6)
    • ►  July (11)
    • ►  June (6)
    • ►  May (3)
    • ►  April (3)
    • ►  March (5)
    • ►  February (6)
    • ►  January (10)
  • ►  2010 (41)
    • ►  December (9)
    • ►  November (6)
    • ►  October (10)
    • ►  September (14)
    • ►  August (1)
    • ►  February (1)



Followers

get this widget here

muara hati

Heart Lucky Charms

Start http://www.cursors-4u.com */ body, a:hover {cursor: url(http://cur.cursors-4u.net/food/foo-2/foo157.cur), progress !important;} /* End http://www.cursors-4u.com */

Backgrounds & Flower Backgrounds
Powered by Blogger.